BELL Mag " XL" LTD

2nd helmet aku plak,...aku jatuh cintan ngan helmet ni bl aku tgk bro otai_nizam (rd club) pki helmet ni tp versi hitam..Fuhh! semat!semenjak dari tu aku berkenan dengan MAG LTD ..satu hari tu,dapat offer mag ltd rare..bersemangat aku kumpul duit..at last,xjadi jual plak...kecewa jgk,tp naseb baek duit tu jadi modal cari yg baru...akhirnya dapat lobang,bro otai_jiman dari cheras....barang adalah sangat tip top! thanx bro! scracthless dan sehingga kini aku masih maintain scratchless...jarang bwk kuar wooo..sayang beb!! tidak dilupakan juga kepada banker2 yang terlibat..huhuhu...untuk memelihara dari tercalar,aku telah beli bag helmet bell dari bro otai_omie yang sanggup datang begitu jauh untuk menghantar barang...timekasih bbnyk bro....walaupun pertemuan yang singkat,tp banyak ilmu yg bleh dipelajari dr otai sorg ni...mag ltd ni ada dua model..menurut maklumat dari bro otai_nagoya geidai...model pertama mempunyai perbezaan dengan model kedua dimana button tali adalah jauh dari button visor berbanding model kedua...model pertama ada cop "mag ltd" di besi pengikat...cat nya juga mudah terkopek dan stiker model pertama backgroundnya berwarna kuning..thanx bro ...

ok..pasal helmet ni :


1. Sticker Luar
stiker logo kt depan telah ditanam dengan cat clear..juga terdapat lining gold yang telah ditanam bersama2 dengan clear..untuk pengetahuan semua,berdasarkan apa yg diberitahu, bell berdesignkan corak ini adalah untuk helmet bell mag ltd yg bersaiz 62 dan keatas...dan digelar sebagai Bell mag xl !!! di bahagian belakang pula ,terdapat stiker BELL DOT menggantikan SIR*M Mal**sia.

2. Getah
getah helmet ini berbentuk bulat..menunjukkan yang ia adalah dari keluaran 2nd model..

3. Button
button untuk tali adalah asal dan diperbuat dari tembaga..manakala button visor juga tembaga dan mempunyai ribet di tengah..jika dibandingkan dengan ribet pada helmet shoei S-3, terdapat kelainan sedikit dengan helmet ini..
4. Warna
warna helmet ini jika diperhatikan dari dalam, yakni pada fiber adalah sama dengan warna di luar..iaitu putih ke"cream"an..
Sila rujuk pada #1 dan #8 untuk gambar..

5. Cop
untuk helmet mag ltd..tiada cop di bahagian tali, tapi digantikan dengan arahan/amaran/warning dari syarikat BELL..

6. Tali
talinya diperbuat dari kain yang lembut sedikit berbanding dengan helmet bell yang lain dimana helmet bell yang lain agak keras dan akan menjadi pudar lama-kelamaan..

7. D-ring
d-ring nya berbentuk petak dan mempunyai reben..bagi mag ltd ini, merupakan 2nd model dimana tiada cop pada D-ringnya, manakala untuk 1st model mempunyai cop pada D-ringnya..
8. Fiber
seperti sedia maklum..helmet keluaran Bell hanya menggunakan fiber dari jenis petak/sulam/jaring..menampakkan identitinya iaitu helmet keluaran USA..
9. Stiker Dalam
terdapat stiker menunjukkan saiz di sebelah dalam oleh BELL HELMETS INC. iaitu 8 1/4 yakni 66 cm, dan juga stiker tempat dan tarikh dimana ia dibuat..December 1994

10. Padding
kain nya agak kasar dan berbulu..dan terdapat jahitan "tag" ia dibuat..

11. Span/Gabus
span adalah pada keadaan asal dan belum lagi terjejas..diatas kepala terdapat span bulat untuk menyokong posisi kepala ketika pemakaian..


1 kutukan!:

September 8, 2011 at 9:59 PM Anonymous said...

di mana nk dptkn getah helmet tersebut?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...