Showing posts with label Mengarut. Show all posts
Showing posts with label Mengarut. Show all posts

otak terletak diluar kepala otak.

Alhamdulillah syukur pada-Mu Ya Allah kerana menciptakan aku dgn hati yg penyabar dan dikurniakan ahli keluarga yg sgt memahami.

Jika ini merupakan ujian dari-Mu Ya Allah untk menghapuskan segala dosa kecil ku,sesungguhnya aku redha.

Sesungguhnya setiap rezeki dtg dari-Mu dan Engkau berhak untuk menariknya kembali daripada ku.

Aku memohon hidayah dan rahmat dari-Mu Ya Allah,Tuhan sekalian alam.

Amin.


muhasabah diri..

Tujuan hamba bina laman blog ini bukan bertujuan untuk bermegah-megah,menunjuk2..tapi untuk berkongsi ilmu yg hamba ada..

didalam penghasilan blog ini, banyak rintangan dan cabaran yang hamba hadapi..dianggap remeh xusah cakap la..selalu !

sesetengah org berpendapat, kalau nak kumpul sesuatu , mesti ade sentimental value ..mgkn sbg contoh barang tersebut pemberian dari sesorg , mcm bapak yg bagi helmet ke, pakcik yg bagi ke..tapi bg hamba, koleksi hamba ini ada sentimental value nye yang tersendiri..setiap helmet yang hamba ada, mempunyai sejarah nya yang tersendiri.. contoh yang paling mudah : dari segi pencarian matawang. memandangkan hamba ini miskin papa kedana, maka setiap keringat yang hamba keluarkan membuatkan hamba amat sayang pada koleksi hamba..pengalaman susah-senang mencari keringat, akan tersemat abadi..sebagai contoh, kenapa ade diantara mereka yang gemar membeli motosikal2 lama yang dah macam bangkai besi buruk.. ?? jawabnye, jawab la sendiri..dan bagi helmet itu sendiri, setiap calar-balar yang ada di permukaan masing2 terlakar sejarah masing2..sebab itu , terhasillah " Yang Bersinar Kita Buang, Yang Buruk Kita Simpan"..fikir2kan lah..


suatu hari hamba pernah bertemu dengan seorg kenalan hamba di warung mamak,berborak..tiba2 terpetik dari mulut kawan hamba
"ko pnah x bukak blog satu mamat ni ?pasal helmet2 buruk...nak mnunjuk la yg die ada helmet,skrng ramai btol bdak2 br nak up,nak otai cepat,upload mcm2 gbr kt myspace,xpun join forum2 sbb nak tunjuk hebat...dalam forum cakap bkn main lebat,rupe2nye JANGGUT je yg lebat..ceh..aku xpaham btol"
ujar beliau walhal beliau xtau tuan tanah ade depan mata...

xpelah beliau nak br komen cmtu,asal kan
nawaitu hamba xberubah ;

untuk berkongsi ilmu dengan rakan2 seperjuangan lain..

seperkara lagi,harga belian hamba xkan hamba dedahkan kerna pasaran helmet sering berubah2..hamba tidak mahu blog hamba yg kudus ini dijadikan sebagai platform rujukan harga.harga mahal xpa,asalkan hati puas! janji harga kena pada gaya..

tapi ingin hamba igtkan diri hamba serta tuan2 yg lain,membeli ikut kemampuan,jangan sampai helmet berkilat tersusun rapi,tapi anak bini tergadai.

belajarlah menghormati org lain,jikalu ingin dihormati. ilmu kita xtinggi,ramai lagi di luar sana yg lebih tinggi..

jutaan terima kasih pada otai2 yg banyak mengajar hamba ttng hobi hamba ini...pd mereka yg tidak kekok untk menegur hamba..terima kasih juga pada "potai-potai" yang bnyk memberi "galakan membina" pada hamba..hahaha

sesungguhnya yg buruk itu datangnya dari tuan hamba,dan yg baik itu datangnya dari Allah s.w.t..wasalam

mereka-mereka yang banyak mengajar hamba tentang dunia ini.terima kasih banyak-banyak..

semakin berisi semakin tunduk

duniasekarang......kalau kita beroda dua di jalanan,pasti masyarakat memandang rendah kita sbg msyrkt kelas rendah...tp golongan ni xtermasuk bagi mereka yg bermotosikal berkapasiti besar...mereka berduit,kami pulak xmampu...memang kami mat motor! mat rempit!tapi kami juga MAMPU memiliki apa yang mereka yg dikatakan msyrkt kelas atasan xsemua mampu miliki..!jangan igt kami mat motor bodoh-bodoh belaka.!jangan igt kami mat motor xpernah berkolar putih.!jangan igt kami mat motor xmampu memegang segulung kertas keramat.!dan kamu harus igt suatu hari nnt walaupun kami mat motor, mana sangka kamu yang konon-kononnya masyarakat kelas atasan, akan berkhidmat di bawah kami..
Jika hendak mengenai orang berbangsa,
lihat kepada budi dan bahasa,
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
sangat memeliharakan yang sia-sia.
Jika hendak mengenal orang mulia,
lihatlah kepada kelakuan dia.
Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
bertanya dan belajar tiadalah jemu.
Jika hendak mengenal orang yang berakal,

di dalam dunia mengambil bekal.
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.

-Raja Ali Haji -

sirim?DOT?Snell?

malang xberbau...disebabkab nak murah...sanggup beli helmet yg tidak melalui pemeriksaan sirim...oleh itu,selaras dengan seruan kerajaan,aku sarankan pada kawan2 semua belilah helmet yg diluluskan sirim...berhabis sikit xpa,daripada berhabis nak bayar bil hospital + keranda + batu nisan + upah gali...fikir2kan lah...
"Kita perlu bekerjasama dan berusaha untuk meningkatkan kefahaman, penyertaan dan penglibatan orang ramai dalam program-program kemasyarakatan keselamatan jalan raya bagi mewujudkan budaya berhemah."
byDatuk Suret Singh,Ketua Pengarah JKJR

Majalah Tiga

mase tu kul 2++ pagi..weekend...nak kluar,hujan la pulak...lobat...haihh...astro out of service la plak...so layanla jela majalah 3,ulangan punya version..yg ada chatting kt sbelah tu...tgh dok layan,tibe2 ad satu segmen tu mngisarkan 3 org laki ni,umur almost 30,tp still collect figure mcm gundam etc...diorg ni sume housemate,so stp blk diorg penuh dgn almari/rak,pack with figures..almari???aku jeling dalam bilik aku..sian helmet2 aku dok bersila kt lantai...hurmmmmm....esok tu aku beli 2 bijik almari/rak kt tesco ampang..naseb baek tgh sale.huhuhu

7 ringgit ??

haih!...simpanan aku tinggal 7 ringgit je....aku masih blom puas...naseb baek dah cuti sem, bleh keje part time....siap la ko bile aku dah masyuk nanti..pantang tnampak bende bulat,pasti aku sambar lagi!!!! kami nak lagi!! toing..toing... (iklan ribena..hehehe)

Ahlan Wasahlan

Seperti yang kita sedia maklum....Bell, jenama yang teragung masih lagi di tangga teratas dari zaman azura lagi...dan sudah tentu,ramai yang pasti tahu tentang info/identiti/ciri-ciri helmet dari jenama ini...oleh itu, di blog saya ini, saya lebih terapkan kepada pemegang pingat perak dan gangsa iaitu saudara Arai dan SHOEI....Saya harap, otai2 di luar sana yang terbaca nurkilan bodoh saya ini, dapat membantu sikit sebanyak untuk dikongsi bersama...almaklum lah,yang otai2 memang ramai di luar sana, berbanding saya ni, saya ni budak baru belajar, cuma reti pam tayar je..Tak dilupakan kepada para otai yang telah banyak membantu saya mempelajari dengan lebih mendalam tentang helmet vintage ini dan memberi saya semangat dan juga kepada Siti Nor Asiah, yang amat-amat menyokong dan membantu saya bab-bab helmet ni...walaupun pada awalnye slalu kene piat telinge... ;)


gambar-gambar yang tersiar disini merupakan diantara koleksi saya dan juga telah diambil dari beberapa laman web otai2 helmet..diharap jangan marah ye otai2 sekalian....niat saya untuk memberi ilmu,bukan menempah nama....pahala yang kita dapat, kita kongsi bersama... huhu ;)

credit to kronicles_78,PDRM,ecah,apis WCY




Mukadimmah...

Helmet....Satu objek yang aku obses dari zaman bangku sekolah lagi....Pernah aku dicemuh seorang rakan suatu tika dahulu, mengumpul helmet merupakan suatu yang remeh,ketinggalan zaman, dan mengarut ! Dan setelah lama tidak berjumpa, dan bertemu kembali, beliau masih memperlekeh minat ku ini.... Akan aku buktikan pada beliau, minat ku ini bukanlah suatu yang sia-sia !!! Tawa gelak mu masih lagi terngiang-ngiang di telinga ku...siot !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...