inilah 1st helmet vintage yang aku beli..Shoei S-3..time ni helmet murah2 lagi..mase tu baru nak belajar pasal helmet..so try la angkat yang murah2..kepala aku besau..tapi helmet kecik..saiz 57 klu xsilap..bapak sendat gle..tp aku respek la helmet ni..setia dengan aku setiap kali konvoi kemana aja..jauh helmet ni jalan..sendat pon sendat la..janji helmet buruk..tu je yang termampu..heheheh..untuk mengenal pasti helmet shoei,bau die agak2 seperti bau pekasam..hahahaha..saya sendiri xdpt mengenal pasti identiti asal helmet ini ,nampak mcm shoei telur..tapi setelah diperturunkan oleh ramai owner, dan saya bertanyakan sendiri pada owner tersebut, mereka mengatakan yg helmet ini adalah s-3..
ok,for this helmet... :
1. Sticker Luar
mase dapat helmet ni..sticker luar xde..so sticker yang ade sticker lokel (sticker potong)..stiker
potong ni mudah didapati di haddad jaya mahupun mecinda (pertama complex)..
2. Getah
getah helmet ni rase2 nye dah dituka..kerana ade bekas2 gam getah lama..getah sakarang ni tampak lebih kecil dari getah yang sebelumnya.pada belah kiri helmet,terdapat sedikit sumbing, menampakkan lagi fiber aslinya..
3. Button
untuk button tali, telah ditukar, kerana ribet di belah dalam jelas menunjukkan bahawa bukan yang asal..manakala button visor, adalah asli kerana kebanyakan button helmet dari negara matahari terbit adalah dari jenis ini..material adalah tembaga, dan mempunyai ribet di tengah2..untuk helmet dari negara matahari terbit seperti Shoei dan Arai,button visor mereka tidak ngam dengan Bob Heath USA..Bob Heath hanya sesuai dengan helmet dari jenama Bell..
4. Warna
warna adalah asli..asalnya adalah warna emas..tapi kesopakan helmet tersebut menampakkan layer undercoatnye yang bewarna silver,menzahirkan lagi helmet ni yang tersangat2 la buruk..haha..tapi itu la yang aku mahukan.."helmet buruk"..for reference pict, please refer to section #1..suatu masa dahulu,aku pernah bertanya pada otai2,camne nak tau warna helmet itu asal atau tidak..untuk mengenali sesebuah helmet itu mempunyai warna asal atau tidak..lihat pada button tali dan button visor..jika button nampak tenggelam,dikatakan telah dicat baru..kerana mustahil untuk mengecat tanpa membuka ribet tali..tapi sekarang ni,dengan kebanjiran helmet yang semuanya berkilat blingbling di pasaran..xmustahil untuk mengecat helmet tanpa menjejaskan button tali..jadi berhati2 la dalam membeli helmet yang seakan2 tampak baru..bawa la orang yang mahir untuk mengenal pasti helmet ori..xsemestinya helmet blingbling itu ori,dan juga xsemestinye helmet sopak itu ori..fikir2kan la..huhu..kalau nak belajar mcmana nak cat helmet tanpa membuka ribet, rajin2 la cari kedai mengecat di Klang,Selangor..dan perlu diingt..di Utara dan Pantai Timur sendiri pun dah berlambak kedai mengecat helmet..hahah!
5. Cop
tali telah pun ditukar memandangkan button tali pon dah ditukar..tali yg aku dapat ni agak panjang dan keras sedikit..walaubagaimanapun..ade tertinggal sedikit sisa2 kulit yg telah dimamah usia..
6.D-ring
Kebanyakkan D-ring untuk Shoei dan Arai berbentuk bujur seperti huruf D..pada bahagian D-ring juga terdapat cebisan2 kulit yang telah dimamah usia..
7. Fiberfiber untuk helmet Shoei dan Arai selalunya diperbuat daripada fiber benang/suun..bertentangan pula dengan helmet dari USA, Bell yang diperbuat daripada fiber batik/sulam..
8. Sticker Dalampada bahagian dalam di bahagian gabus..hanya terdapat stiker yang telah pupus..hanya meninggalkan kesan latar belakang sahaja..owner asal pernah bagitau yang itu adalah stiker logo shoei dan juga stiker saiz jepun..
9. Padding
kain padding merupakan kain yang agak nipis tetapi kasar..terdapat jahitan menegak disekelilingnya..kainnya juga seperti berjalur2..jika dibandingkan dengan helmet Bell, ada bahagian padding yang dijahit sekali dengan keseluruhan kain, yakni dibahagian tengkuk..manakala Bell pula dijahit asing..
10. Span/Gabus
0 kutukan!:
Post a Comment