ARAI Classic

Aku minat btol dengan design arai..terutama skali sulaman di getahnye..amat unik skali…terlintas di hati ini,teringin la pulak nak meminang arai classic..dulu pnah pujuk member ‘baek’ untuk jual arai classic beliau,tapi beliau pulak bagi harga ‘member baek punyeeee’…haih,payah btol klu ade member baek yg btol2 ‘baek’ ni…xpelah,tolak dulu,xmampu…tp akhir2 ni,duit yg dikumpul dah mencapai sasaran,aku pon berjmpe dgn ramai bomoh..tp hampa,semua kate takde…penah sekali sorg member offer arai S-70,tp setelah dibelek2,mungkin hamba ini kurang mahir pasal helmet,maklumlah baru nak knal helmet,maka timbul sedikit perasaan ragu2..dan mungkin juga hamba yg kudus ini kurang mahir berkomunikasi,timbul sedikit perselisihan faham..xpalah,hamba beri laluan kepada otai,hamba ini org baru..baeklah,tutup buku,buka buku yg baru..buang yg keruh,tapis yg jernih… sehinggalah satu hari ade sorg bomoh pakar mengofferkan arai classic member beliau…niat di hati,arai classic 80`s,tapi yg muncul depan mata 90`s le pulak..xpelah,rezeki dah depan mata,sambar je lah,harga pun separuh dari sasaran…bomoh pakar yg dimaksudkan adalah bro_otai edredz(abg am)..helmet asalnye ada di ibu negara,pd member beliau.tp atas dasar kepercayaan,kawan beliau kirim pada beliau..beliau berada di pasir gudang,tp disebabkan kawan ni buta jalan,dpt jumpe jalan setakat tebrau je..hehe mintak maap bnyk2 abg am…br 3 bulan menetap kt selatan tanah air..heheh..abg am seorg yg sgt peramah,tidak lekok memberi ilmu..klu hamba tanya sepatah,beliau jawab 8 patah..heheh..thanx abg am..isteri beliau pun sporting,sanggup teman beliau jauh2..thanx akak..mase hamba pinang helmet ni,saiz adalh L (59-60)..pki ketat sket,xpelah dah rezeki,tutup sbelah mata jelah..(walaupun pakai berdenyut-denyut kepala)..tp di suatu hening petang,abg am mesej ATUR hamba, menyatakan helmet bersaiz XL telah dijumpai..pertukaran helmet pun berlaku dengan persetujuan kedua2 belah pihak..thanx abg am,sporting..ok,toksah ckp bnyk,..pasal helmet ni sama seperti helmet2 nippon laen..fiber nye adalah fiber benang,bergetahkan sulaman seni jepun,sijil2 kelahiran masih lg komplit di dalam.tali tertera cop 10/87 bermaksud oktober 1987..D-ring nya bujur sedikit berbanding bell..TAPI,setelah dibandingkan dengan kitab yg telah sy kumpulkn untuk rujukan saya sendiri,ternyata button bercop arai tidak kelihatan..xtaulah mngkin kebetulan helmet yg sy dapat ini non-fully tiptop..tp berdasarkan rujukan yg saya buat,begitulah seadanya..kulit di bahagian D-ring tertera AMARAN: HELMET BERTAHAN DALAM JANGKA MASA 5 TAHUN SAHAJA hehehehe…amaran dari arai tuuuuu….paham2 lah ye…helmet ini dibuat dari jepung,tapi dipasarkan di USA kerana terdapat ANSI dan Snell…berbeza sedikit dengan arai simpanan saya yg lain,D-ring nya terdapat sedikit bengkok,mgkn terkapit dagu owner lame kot..kehkehkehkeh…tiada sebarang stiker diluar,cuma yg ada adalah stiker ‘Classic’ sahaja di belah kiri...kain di dalam adalah baldu bersulamkan ‘Arai’..helmet tdak disertakan sebarang cap,dan cap di atas adalah dari koleksi sy sendiri..

macam2 jenis org aku jumpe mase nak cari helmet ni..haih..pengalaman mengajar erti kesabaran,sempurna xsemestinya terbaik..fikir,zikir,syukur,sabar..insyaAllah..




















muhasabah diri..

Tujuan hamba bina laman blog ini bukan bertujuan untuk bermegah-megah,menunjuk2..tapi untuk berkongsi ilmu yg hamba ada..

didalam penghasilan blog ini, banyak rintangan dan cabaran yang hamba hadapi..dianggap remeh xusah cakap la..selalu !

sesetengah org berpendapat, kalau nak kumpul sesuatu , mesti ade sentimental value ..mgkn sbg contoh barang tersebut pemberian dari sesorg , mcm bapak yg bagi helmet ke, pakcik yg bagi ke..tapi bg hamba, koleksi hamba ini ada sentimental value nye yang tersendiri..setiap helmet yang hamba ada, mempunyai sejarah nya yang tersendiri.. contoh yang paling mudah : dari segi pencarian matawang. memandangkan hamba ini miskin papa kedana, maka setiap keringat yang hamba keluarkan membuatkan hamba amat sayang pada koleksi hamba..pengalaman susah-senang mencari keringat, akan tersemat abadi..sebagai contoh, kenapa ade diantara mereka yang gemar membeli motosikal2 lama yang dah macam bangkai besi buruk.. ?? jawabnye, jawab la sendiri..dan bagi helmet itu sendiri, setiap calar-balar yang ada di permukaan masing2 terlakar sejarah masing2..sebab itu , terhasillah " Yang Bersinar Kita Buang, Yang Buruk Kita Simpan"..fikir2kan lah..


suatu hari hamba pernah bertemu dengan seorg kenalan hamba di warung mamak,berborak..tiba2 terpetik dari mulut kawan hamba
"ko pnah x bukak blog satu mamat ni ?pasal helmet2 buruk...nak mnunjuk la yg die ada helmet,skrng ramai btol bdak2 br nak up,nak otai cepat,upload mcm2 gbr kt myspace,xpun join forum2 sbb nak tunjuk hebat...dalam forum cakap bkn main lebat,rupe2nye JANGGUT je yg lebat..ceh..aku xpaham btol"
ujar beliau walhal beliau xtau tuan tanah ade depan mata...

xpelah beliau nak br komen cmtu,asal kan
nawaitu hamba xberubah ;

untuk berkongsi ilmu dengan rakan2 seperjuangan lain..

seperkara lagi,harga belian hamba xkan hamba dedahkan kerna pasaran helmet sering berubah2..hamba tidak mahu blog hamba yg kudus ini dijadikan sebagai platform rujukan harga.harga mahal xpa,asalkan hati puas! janji harga kena pada gaya..

tapi ingin hamba igtkan diri hamba serta tuan2 yg lain,membeli ikut kemampuan,jangan sampai helmet berkilat tersusun rapi,tapi anak bini tergadai.

belajarlah menghormati org lain,jikalu ingin dihormati. ilmu kita xtinggi,ramai lagi di luar sana yg lebih tinggi..

jutaan terima kasih pada otai2 yg banyak mengajar hamba ttng hobi hamba ini...pd mereka yg tidak kekok untk menegur hamba..terima kasih juga pada "potai-potai" yang bnyk memberi "galakan membina" pada hamba..hahaha

sesungguhnya yg buruk itu datangnya dari tuan hamba,dan yg baik itu datangnya dari Allah s.w.t..wasalam

mereka-mereka yang banyak mengajar hamba tentang dunia ini.terima kasih banyak-banyak..

semakin berisi semakin tunduk

duniasekarang......kalau kita beroda dua di jalanan,pasti masyarakat memandang rendah kita sbg msyrkt kelas rendah...tp golongan ni xtermasuk bagi mereka yg bermotosikal berkapasiti besar...mereka berduit,kami pulak xmampu...memang kami mat motor! mat rempit!tapi kami juga MAMPU memiliki apa yang mereka yg dikatakan msyrkt kelas atasan xsemua mampu miliki..!jangan igt kami mat motor bodoh-bodoh belaka.!jangan igt kami mat motor xpernah berkolar putih.!jangan igt kami mat motor xmampu memegang segulung kertas keramat.!dan kamu harus igt suatu hari nnt walaupun kami mat motor, mana sangka kamu yang konon-kononnya masyarakat kelas atasan, akan berkhidmat di bawah kami..
Jika hendak mengenai orang berbangsa,
lihat kepada budi dan bahasa,
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
sangat memeliharakan yang sia-sia.
Jika hendak mengenal orang mulia,
lihatlah kepada kelakuan dia.
Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
bertanya dan belajar tiadalah jemu.
Jika hendak mengenal orang yang berakal,

di dalam dunia mengambil bekal.
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.

-Raja Ali Haji -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...