Helmet Bell MAG XL ltd HILANG !!!


aku malas nak taip 2-3 kali..so this topic was taken from :



assalamualaikum wrth...otai2 rmr sekalian

sy selaku owner aka "mangsa kejadian" terlebih dahulu sy ucapkan ribuan terima kasih kpd en.moderator kerana sanggup meng-post-kan tajuk ni..
mintak maaf bnyk2, sy reply topic ni sedikit lambt sbb sy terlalu sibuk..dan terkejut juga kerana pihak rmr mengambil berat ttg masalah ini..sy terharu dan jutaan terima kasih sy ucapkan..
berdasarkan tajuk di atas..Ya, mmg telah berlaku kejadian pecah rumah di rumah saya di sekitar Taman Dagang, Ampang..untuk pengetahuan, rumah ini hanya didiami oleh kakak dan abg ipar sy shj, memandangkan saya skrg msh lagi menuntut di selatan tanah air...
kejadian ini agak memelikkan dimana kes kecurian ini telah berlaku sebanyak 3 kali, dimana tiada sebarang tanda-tanda mangga @ pintu dikopak dan dipecah..berikut adalah kronologi kejadian..

kecurian pertama :
pada kejadian pertama, telah disedari kehilangan sebuah kamera digital model SONY Cybershot bewarna merah beserta charger dan bag...keseokan harinya juga disedari kehilangan beberapa brg kemas..tanggapan pertama, mungkin tercicir atau misplace.

kecurian kedua :
kali ini, juga didapati sebijik Digicam OLYMPUS STYLUS 1050 SW berwarna emas beserta charger dan bag serta barang kemas juga hilang..tanda2 dipecah masuk juga tiada...pada kejadian ini, satu laporan polis telah dibuat di balai polis ampang dimana 2 orang pegawai telah dtg ke rumah untuk membuat siasatan.beberapa gambar diambil.set kunci pada pintu serta pagar rumah dan juga mangga kesemuanya telah ditukar bagi mengelakkan kejadian berulang.

kecurian ketiga : (06-01-2010)
malangnya, kejadian yang sama turut berulang.sasaran kali ini juga sama, iaitu sebuah kamera Digital SLR NIKON D40 berwarna hitam besertakan bag,lense, dan charger.turut dicuri sebuah handfon nokia model lama serta MP3 player model Zen Micro berwarna putih.satu lagi laporan polis telah dibuat di balai polis yang sama pada malam kejadian.tindakan yang sama diambil.pada hujung minggu tersebut (09-01-2010) , sy telah pulang ke rumah bagi mententeramkan emosi kakak saya dan dimana pada hari itu, baru saya sedar yang bilik saya telah digeledah dan helmet saya telah turut dicuri.


modus operandi :
ketiga-tiga kejadian berlaku pada hari yang sama, tetapi berlainan minggu yakni pada hari RABU dimana satiap hari rabu, kakak serta abg ipar saya keluar ke rumah bagi mengikuti usrah berdekatan.
tiada sebarang tanda-tanda pecah masuk.memandangkan rumah saya terletak pada aras 3, maka hanya pintu hadapan sahaja merupakan jalan masuk.



berikut adalah butir2 helmet saya :

jenama : BELL
model : MAG XL LTD
warna : putih/krim berliningkan emas (gold)
Stolen with BELL HELMETS BAG ( merah )
Big size : 66 centimeters @ 8 ¼ inch
Production year : DECEMBER 1994
Made in USA

helmet ini dijaga rapi, dan tiada sebarang calar2 kasar..hanya calar2 halus dan lapisan clear nya telah tercabut sedikit di logo hadapan..bag helmet yang dicuri sekali adalah dari model BELL HELMET jenis zip dan berkainkan baldu bewarna merah.kondisi bag dan helmet adalah sangat baik memandangkan saya menjaganya dengan rapi

saya hanya sebarkan berita ini pada kawan2 di sekitar kl dan selangor melalui sms. atas nasihat rakan2, saya tidak menguploadkan iklan mencari di mana2 forum di internet dalam masa terdekat ini, sebagai pemerhatian.walau bagaimanapun, senarai barang2 curi serta salinan laporan polis telah diberikan kepada kedai2 "cash n carry"di sekitar kl dan selangor.

insyaAllah dalam masa terdekat ini saya akan masukkan berita ini kedalam blog saya.disana terdapat lebih banyak gambar helmet ini secara terperinci untuk rujukan otai2 sekalian.


kalau ade ternampak sesapa pakai, terjumpa bawah pokok ke, kat tong sampah ke diharap dapat menghubungi saya secepat mungkin..
xtahan ni..rindu sgt2 ni....malam2 xleh tido..mandi xbasah,makan xkenyang,ngorat xmenjadi...haihhh....

asyraf roslan @ bobo 013 - 211 8673



terima kasih bnyk2 kepada sdra. Mamat kapar dan juga kpd en.moderator (iharapusucces) di atas keprihatinan anda mengutarakan hal ini..terima kasih bnyk2 RMR... !

2 kutukan!:

February 11, 2010 at 10:20 PM retro rare lover said...

sedih bro aku dengaq..brg rare lak 2..sabaq byk2 k bro..

February 15, 2010 at 5:43 PM Unknown said...

tu la bro...

sedih.... :(

anyway, thanx bro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...